Wednesday, October 26, 2011

My Sadness Story

 Hari ini betul-betul mengajar gua erti kehidupan.Tiada apa yang lebih bernilai dari “wang” bermula dari 1sen hingga ke jumlah yang tinggi tiada terkira di akal kita.Gua memang insan yang tahu atau reti menyusahkan mama dan ayah gua.Gua terasa diri amat kejam,keji,hina...dan lain-lain.Gua seperti anak tidak bertanggungjawab.Gua tak boleh amik slip Exam untuk final kerana terdapat tunggakkan.
Apakah yang perlu gua lakukan?

*Bunuh DIri?
Mesti ramai akan berpikiran untuk bunuh diri dalam situasi bergini.Ianya amat mudah.dengan bunuh diri gua akan hilang selamanya dari dunia dan tidak lagi menyusahkan mama dan ayah gua.
(istigfar la bebanyak)=.='


*Pinjam Ah Long?
Dengan meminjam ah long gua pasti akan dapat melangsaikan hutang degan cepat dan boleh jawab final exam tapi lambat laun gua pasti akan menjadi buruan ah long kerana tak boleh bayar.
(no ah long .bersepah suruh org pinjam kat dye)


*Mencuri?
Dalam keadaan terdesak seperti ini mencuri adalah jalan yang ringkas untuk gua bayar semua hutang gua.Tapi gua tak professional dalam bab mencuri niy...haiseyh -.-‘
(curiiii)


*Mintak Sedekah?
Kadangkala orang yang meminta sedekah gajinya setiap bulan akan lebih dari seorang yang bekerja di Opis.Muka gua mintak sedekah memang tak dapat satu sen pown.
(kesian tak?)


*Jual Gitar SX gua?
Banyak membe gua mau angkat itu gitar tapi dengan rm100...xdapat Mat..gua beli rm500...baru pakai 2bulan..
(guitar gua)


*Jual Maruah?
Oppss...yang ini mintak simpang..rela gua bunuh diri dari jual maruah...matikk -.-‘
(yang ni takde gambar..xtaw mane nak cari..:P)

*Culik budak?
Kes culik budak2 sedang menjadi2 sekarang..ia mendapat sambutan hangat.maybe gua boleh dapat rm5000 sorang budak..masyuk gak.
(kanak2 riang ribena)


Ape gua nak cakap.GUA TENSION GILE FIKIR PASAL NIY

Gua orang biase2..yang mempunyai masalah kewangan..dah la nak Final Exam..gua xtaw nak fikir mana satu..Otak gua serabut..

AYAH N MAMA...ANGAH MINTAK MAAF SEBAB BANYAK MENYUSAHKAN DARI LAHIR SAMPAI SEKARANG

 Hurmmm

Tuesday, October 4, 2011

Kecewa

Pagi yang indah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.Terasa diri gua macam berada di syurga(eh kat syurga rase macam tu ye?ahh peduli hape.).Kipas dalam bilik gua berpusing ligat seperti kipas helikopter yang hanya menunggu masa nak jatuh.Lalu,gua menarik selimut yang dibeli ibu ku yang bercorak "I LOVE YOU" kerana kesejukkan.

Gua hanyut dengan lebih jauh setelah gua termimpi gua berada di tepi pantai bersama teman hidup gua (dalam mimpi).Panorama di pantai sungguh mengasyikkan dengan burung-burung berkicauan,hempasan ombak ke batu,angin yang bertiup tiada henti,juga suara budak-budak bermain.Oh,sungguh gua mengidamkan suasana sebegitu.Degan serta merta gua mencapai tangan teman hidup gua dan mengajaknya untuk bersiar-siar di tepi pantai.

Setelah penat berjalan,kami terasa lapar,lalu singgah di Restoran SHAH(untuk shah ini semua mainan tidur tiada mengena dengan hidup ataupun mati).Restoran SHAH menyediakan masakan ala-ala BARAT.Setelah mendapat menu,lalu gua order Apple SuSu x2,Chicken Chop x2,French Fries x1.

Sedang asyik bersuap-suapan juga bergelak ketawa gua terpandang satu "Frame gambar" gua macam mengenali wanita bertudung di papar dalam frame itu.Setelah di fikir secara masak-masak gua ingat.Beliau merupakan Puan Rashidah pensyarah bagi subjek HTML gua.Secara tak langsung keadaan dari pantai berubah ke dalam bilik tidur ku.

Lalu,gua tersedar dari mimpi dan baru teringat hari ni mid term..Ohmaiigoshh.macam mane gua boleh lupe dan hanyut melayan mimpi.Sedih tak dapat di bayangkan. Gua berharap Puan masih boleh bagi gua buat mid term.

Sekian.Terima kasih :(