Monday, November 21, 2011

Kemenangan Penuh Debaran

Jam menunjukkan sudah pukul 11 lebih. Gua tak ingat sangat sebab time ni gua rasa hampir semua warga Malaysia berdebar.Memang berdebar gila .Jantung gua berdegup rancak macam orang tengah lumba lari.Gua rase time gua nak amik slip exam SPM pun tak berdebar macam  ini. Gua rase penyokong indon pun rase yang sama.Tapi Malaysia harus menang sebab indon kurang ajar dan tak hormat Malaysia.

Malaysia berusaha untuk menjaringkan gol kemenangan.Percubaan demi percubaan tapi tidak berhasil.Keputusan masih seri Malaysia 1- Indonesia 1 . Dekat TL gua kat twitter semua tweet pasal bola je.Oh macam~macam ragam .Ragam mereka membuatkan gua ketawa sedikit.

Setelah 90 minit berlalu masih seri. ditambah dengan masa tambahan juga Hampa..Gua kalo boleh taknak tengok Penalty sebab ianya bergantung pada nasib semata~mata.Tapi Malaysia ada sedikit advantage kerana kita mempunyai penjaga gol yang di minati ramai iaitu Khairul Fahmi Che Mat(apek) fuhhh dasyat dia ni.Ramai para gadis~gadis kat Malaysia semua suka dia.

Penalty kick yang terakhir di ambil oleh Badrul (captain Malaysia) . Masa ni cuak gila..gua tengok TL semua macam stress je.Bila bola masuk je gawang..TUDIAA..Kakak, Adik dan Ayah gua melonjak kegembiraan..Tapi mama gua je dok kat mesin jahit , menyiapkan tempahan baju...Aihh Mama =.="

SO, gua dapat lihat semua rakyat Malaysia gembira dengan kemenangan Pingat Emas dalam Acara Bolasepak SUKAN SEA.

Itulah pengalaman gua mase tengok perlawanan itu.Takde gambar coz dah cuak gilaa semalam

No comments: