Friday, December 9, 2011

terkunci di luar bilik

Salam.

sedang gua membelek-belek twitter gua, tibe-tibe ada kawan gua update pasal bilik. Dengan serta merta gua teringat masa gua terkunci diluar bilik. Korang nak taw ape yang berlaku. bace bawah ni. Cekidaut.

BACE SAMPAI HABIS TAU!!
_____________________________________________________________________________

Pagi yang indah, ditemani bunyi burung yang bersiulan , angin yang bertiup sepoi-sepoi bahase, lalu gua mencapai bakul mandian dimana dalam bakul tu ade shampoo,sabun segala bagai. Dengan gembira gua pergi mandi. Gua  berkonsert di dalam kamar mandi , gua tak ingat berapa lame.

Dalam keasyikkan gua mandi, hujan pun turun tanpa disedari gua sendiri. Setelah hampir sejam dalam kamar mandi, selesai je  , gua terus capai kain tuala  sambil mengeringkan rambut yang masih basah, ketika itu gua sedar hujan.

Degan bertuala gua keluar dari bilik air dengan  senyuman mesra sambil nyanyi  "Memang tak ada lelaki secomel aku tapi yang lebih comel banyak".bluerkk.. mesti korang nak muntah. HAHA. gua dah sediakan timba utk korang, la~la~La

Sampai depan pintu bilik atau kamar bagi sape yang tak tahu , lalu gua memulas tonggol pintu bilik. Gua mendapati pintu itu terkunci tanpa ku sedari. ohmaigosh. Dalam senyuman terusan bertukar panik sebab roomate gua tak de masa tu. Takkan nak bertuala seharian. Nak pergi jumpa guard hujan, kalau pecah pintu kene bayar . Gua pergi menjengah ampaian, tiade satu helai baju pun di situ.

Keadaan semakin panik, lalu gua belek~belek bakul gua. Gua terpandang  jeng, jeng
ini dia  pencuci muka Garnier for men.

Lalu gua terus mencungkil~cungkil. selepas 5minit kemudian gua berhasil bukak pintu bilik gua. Terima kasih Garnier. Disebalik mencuci muka ia boleh digunakan untuk membantu membuka pintu bilik gua.

~sekian~

1 comment:

shaeya said...

kalau ade button like dah lama like . haha